Wednesday 25 April 2012


Jenis Alatan Tangan Dan Fungsinya


Berikut merupakan pelbagai jenis alatan yang selalu kita dapati di dalam bengkel Kemahiran Hidup :

Pembaris Keluli
      Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.


Sesiku L
Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.





Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.




 Apit G
       Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketikaproses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. 
     Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.


 Ragum Kakak Tua
      Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. 
      Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.


Gergaji Puting
     Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa   membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.



Gergaji Besi
     Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.




Gergaji Lengkung Halus
     Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.




Pahat Tepi Serong
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.


      
Kikir Parut
     Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.



Tukul Kuku Kambing
       Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.



Tukul Warrington
     Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang  sukar.



Penebuk Pusat
     Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas  permukaan logam sebelum kerja menggerudi.


                                                         Pembenam Paku
       Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.             



         Gerudi Engkol
    Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.





Gerudi Tangan
     Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.




  Mata Gerudi Pintal
  Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang.



Gerimit              
    Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).



Tolok Serong
    Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.





Tolok Penanda
    Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.




Pemotong Perspek
Pemotong perspek digunakan untuk memotong perspek.




Gandin Kayu
Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan  membentuk kayu.






Gandin Getah
 Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.




Cara-cara Penggunaan Alatan Tangan

Berikut merupakan cara-cara penggunaan alatan tangan semasa melakukan projek reka bentuk :


Cara Menggunakan Pembaris Keluli
Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki.



Cara Menggunakan Sesiku L
Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur. Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja. Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90°. Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan garisan yang tepat.




Cara Menggunakan Apit G
Letakkan benda kerja di atas meja. Kemudian, letakkkan dua reja kayu di antara benda kerja tersebut bagi mengelakkan benda kerja daripada rosak. Akhir sekali, kepitkan kedua-dua kayu reja tersebut sehingga benda kerja diikat dengan kemas.



Cara Menggunakan Ragum Kayu
Ragum kayu sememangnya kita boleh lihat telah dilekatkan siap pada bahagian meja kerja. Jadi, bagi menggunakannya, pusingkan pedal untuk membukanya. Kemudian, letakkan kayu reja di antara benda kerja bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan pada bahagian tertentu benda kerja tersebut. Akhir sekali, pusingkan kembali pedal sehingga benda kerja dikepitkan dengan kemas. Konsepnya sama seperti cara menggunakan Apit G.



Cara Menggunakan Gergaji Puting
Semasa menggunakan gergaji puting, penahan tepi yang diperbuat daripada kayu diperlukan bagi memberi kekuatan pegangan semasa melakukan kerja pemotongan. Benda kerja dipegang dan ditolak rapat ke penahan tepi. Akhir sekali, potongkan benda kerja pada aras yang sekata seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.



Cara Menggunakan Tukul Warington
Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat-tempat yang sukar. Cara menggunakannya, pegangkan paku pada bahagian hujung dua jari. Kemudian, ketuk menggunakan tukul warrington dengan perlahan-lahan sehingga paku terbenam sepenuhnya.



Cara Menggunakan Ragum Kakak Tua
Ragum kakak tua digunakan bagi mencabut paku yang bengkok atau jika tidak memerlukannya lagi. Ragum ini berbentuk seperti playar yang mempunyai pengepit yang tajam di bahagian hadapan. Untuk mencabut paku, kepitkan paku pada gigi ragum, kemudian terik paku tersebut sehingga tercabut.

Sunday 22 April 2012

lawak ptptn


terukir di bintang

Yuna - Terukir di bintang from zahid azmi on Vimeo.

kelebihan bismillah 7

Amalan Bismillah 7 ini telah diperturunkan dari Ayahandaku. Ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan mahupun rezeki. Dan Ayat Bismillah 7 ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.

Tetapi haruslah kalian ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil ia dengan perbuatan Allahu SWT jua. Dan dengan itu saya memberi keizinan kepada sesiapa sahaja untuk mengamalan Amalan Ayat Bismillah 7 ini. Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllahu Taala. AMIN







ada berani


hari ini dalam sejarah

hahahaha....ari ni kawan belajo wat blog.